Sunday, August 28, 2016

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERTUTUP 2016


#THROWBACK

Biro Belia dan Sukan PPTIPF6 telah menganjurkan satu pertandingan Bola Tampar Tertutup TIP 2016 pada 28 Ogos 2016. Pertandingan ini telah diadakan di Gelanggang Bola Tampar TIP Fasa 6 di Jalan Impian Putra 4/4E. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad bin Yusof selaku Ahli Majlis MPKj Zon 24.

Bagi mengeratkan silaturrahim, pasukan Bola Tampar dari PLUS C5 turut dijemput bagi menyertai perlawanan persahabatan dengan pasukan TIP Fasa 6. Perlawanan persahabatan ini telah dimenangi oleh Pasukan TIP Fasa 6.

Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian. Daripada 16 pasukan tersebut 2 daripadanya adalah pasukan dari kalangan muslimah TIP F6. Semua 14 pasukan lelaki adalah terdiri daripada penduduk TIP Fasa 6 yang telah dibahagikan mengikut ‘jalan’.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

            Lelaki
Juara                           - Pasukan Panglima Badar (Jalan Impian Putra 4/2)
            Naib Juara                  - Pasukan Jebat (Jalan Impian Putra 4/3)
            Ketiga                          - Pasukan Lekir (Jalan Impian Putra 4/3)

            Wanita
Juara                           - Pasukan Muslimah 1
Naib Juara                  - Pasukan Muslimah 2

Pemain Terbaik
Perlawanan Akhir       - Tuan Haji Roslee bin Abu
Muslimah                    - Puan Roslina binti Ilias
Jalan 4/1 & 4/5            - En. Shaharudin bin Adnan
Jalan 4/2                     - Dr. Nizlan
Jalan 4/3                     - Tuan Haji Khairudin
Jalan 4/4                     - En. Azman bin Limin

Semua hadiah dan perbelanjaan bagi pertandingan ini adalah sumbangan penduduk TIP Fasa 6 dan wang tunai daripada Ahli Majlis Zon 24, Tuan Haji Ahmad bin Yusof sebanyak RM500.

Pasukan yang layak ke Perlawanan Akhir

Pasukan PLUS C5

Antara yang mengambil bahagian



Muslimat turut mengambil bahagian


Pasukan Jalan 4/2

Pasukan Jalan 4/3






Penyampaian hadiah

Pasukan Juara 

JUARA Jalan 4/2

Naib Juara Jalan 4/3

Pasukan Juara bersama YBhg. Dato' Pengerusi


Pemain Terbaik TIP



No comments:

Post a Comment