Sunday, July 31, 2016

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI 2016

#THROWBACK


Majlis Ramah Mesra Aidilfitri ini telah diadakan pada 31 Julai 2016 bersamaa 25 Syawal 1437 mulai jam 9.00 pagi dengan kerjasama AJK Surau Ar-Rahman. Majlis telah diadakan di tanah rezab tadika, TIPF6.

Majlis ini adalah bertujuan bagi mengeratkan silaturrahim antara penduduk TIPF6 disamping mewujudkan semangat kerjasama antara AJK TIPF6 dan AJK Surau Ar-Rahman.

Pelbagai menu yang bersesuaian dengan Hari Raya telah disediakan. Semua menu disediakan oleh penduduk sendiri yang telah dibahagikan tugas mengikut zon.

Bagi memeriahkan majlis, PPTIPF6 menyediakan beberapa hadiah bagi cabutan bertuah. Semua hadiah cabutan bertuah adalah hasil sumbangan para usahawan yang juga penduduk TIPF6.


Banner Program

YBhg. Dato' Haji Banuri bin Aris, Pengerusi PPTTIPF6

YB Ustaz Shafie bin Ngah, ADN Bangi