Saturday, April 15, 2017

PROGRAM SIHAT KOMUNITI 2017

#THROWBACK

Program Sihat Komuniti 2017 telah diadakan pada 15 April 2017 dengan kerjasama Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (National Kidney Foundation – NKF) yang membuat saringan kesihatan. Program ini adalah bertujuan memberi kesedaran kepada para penduduk TIP Fasa 6 tentang pentingnya menjaga kesihatan disamping dapat menjalinkan kerjasama antara PPTIPF6 & NKF.

Beberapa acara lain juga turut dijalankan pada hari tersebut. Antaranya :

a.    Ceramah Kesihatan oleh NKF
b.    Klinik Al-Quran
c.    Peraduan Mewarna Kanak-kanak (4 – 6 tahun)
d.    Ceramah Perdana oleh YBhg. Dr Hamzah bin Najib (Hospital Tuanku Jaafar, Seremban)

Disamping pemeriksaan kesihatan dijalankan, Klinik Al-Quran yang khusus untuk kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun. Program ini dikendalikan oleh AJK Surau Ar-Rahman dan dibantu oleh para Fasilitator yang terdiri daripada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 15 orang peserta telah mengambil bahagian.

Antara program lain yang dijalankan adalah Pertandingan Mewarna khusus bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Seramai 23 orang peserta telah mengambil bahagian.

Ceramah Perdana ini telah diadakan pada 13 April 2017 yang disampaikan oleh YBhg. Dr. Hamzah bin Najib, Pegawai Perubatan Orthopedik, Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan. Ceramah ini telah diadakan di Surau Ar-Rahman selepas solat maghrib.

Pihak PPTIPF6 turut menawarkan tapak gerai bagi penduduk yang ingin mengambil peluang memasarkan produk mereka. Sebanyak 17 gerai telah ditempah. Pihak MPKj, Pejabat Tanah & Daerah Hulu Langat serta Kaunter Khidmat ADUN turut mengambil bahagian bagi member kemudahan kepada penduduk untuk membayar cukai pintu dan cukai tanah.

Banner Program

Tuan Haji Tajudin turut mengambil bahagian



Tuan Haji Azman sendang diperiksa




Kaunter SPR



Yayasan Buah Pinggang

Pejabat Tanah Hulu Langat

Kaunter Bergrak MPKj

MC bertugas - Krill Rashid