Monday, March 30, 2020

RAKYAT SELANGOR BERDOA

Kepada semua Nazir Masjid, Pengerusi Surau Kebenaran Jumaat, Pengerusi Surau, Pentadbir Musolla seluruh daerah Hulu Langat,

Di sini disertakan surat berkaitan ARAHAN PERLAKSANAAN SERENTAK "PROGRAM RAKYAT SELANGOR BERMUNAJAT DAN BERDOA" BAGI MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH SWT DARI MUSIBAH COVID-19 DAN KESEJAHTERAAN UMMAH, NEGERI DAN NEGARA.

Sehubungan dengan itu mohon perhatian dan tindakan daripada pihak tuan berkaitan perkara tersebut. Segala butiran dan maklumat ada terkandung di dalam surat diatas.

Sedikit  makluman  / penjelasan berkaitan perkara diatas :

- Hanya Imam / Bilal / Siak yang bertugas sahaja berada di Masjid, Surau dan Musolla (seperti arahan terdahulu-belum terbatal).

- Imam perlu membaca zikir-zikir dan doa dengan menggunakan pembesar suara luar supaya dapat didengari oleh ahli kariah masing-masing.

- Ahli kariah boleh mengikut Imam untuk membaca zikir dan mengaminkan bacaan doa tetapi tetap berada di kediaman masing2. Bukan berada di Masjid, Surau dan Musolla.

Sekiranya ada maklumat tambahan berkenaan perkara diatas ianya akan diberitahu kemudian.

Sekian Untuk Makluman & Tindakan.


Thursday, March 19, 2020

MARI BERDOA

Marilah kita sama-sama berdoa memohon perlindungan daripada Allah S.W.T agar dihindari daripada sebarang penyakit berjangkit.

Doa memohon perlindungan

Sunday, March 15, 2020

KULIAH SUBUH - HASAD DENGKI

KESAN DARIPADA HASAD

1)Menghakis nilai agama dalam diri. Sebagai contoh, boleh menyebabkan pergaduhan dan pembunuhan antara adik beradik.
2) Menghapuskan Iman
3 Hilang kebaikan dalam diri.

CARA TANGANI HASAD

1) Segera bertaubat
2) Syukur dengan apa yang Allah beri.
3) Cuba bersangka baik (hilangkan kemarahan)

Ustaz Amal



Sunday, March 1, 2020

MENGURUS EMOSI ANAK REMAJA

Biro Hal Ehwal Wanita Surau Ar-Rahman telah menganjurkan program seminar "Mengurus Emosi Anak Remaja" di Surau Ar-Rahman. Program ini telah dihadiri oleh  23 orang Muslimat dari Ahli Kariah Surau Ar-Rahman dan penduduk sekitar.

Program seminar ini telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Mohd Izwan bin Mahmud, Pensyarah Kanan UKM yang juga selaku Pengerusi Surau Ar-Rahmam.

Banner Seminar

Dr. Mohd Izwan memulakan program

antara aktiviti semasa seminar

antara peserta yang mengambil bahagian

pengisian seminar