Wednesday, October 18, 2017

GOTONG ROYONG PERDANA

Bagi  memastikan  persekitaran  yang   bersih,  PPTIPF6  turut  mengadakan  Gotong-Royong Perdana. Program ini telah berlangsung pada 18 Oktober 2017 bermula jam 8.00 pagi.

Program ini juga turut mendapat bantuan dan kerjasama dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan BOMBA.

Lokasi pembersihan adalah tertumpu kepada longkang hadapan & belakang kediaman. lni bagi mengelakkan air bertakung yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Selain itu penumpuan juga diberikan di kawasan yang berhampiran pili bomba.

En. Suhaimi Ketua Biro Komuniti sedang memberikan taklimat



Dato, Haji Banuri Pengerusi PPTIPF6
sedang menyantuni penduduk TIPF6

Anggota Tentera sedang memberi amaran kepada Amran


Pasukan BOMBA dari Balai Bomba Bangi turut hadir membantu