Tuesday, August 9, 2016

PERJUMPAAN ANTARA PPTIPF6 DAN WAKIL PLUS

#THROWBACK

Satu mesyuarat AJK PPTIPF6 bersama pihak PLUS telah diadakan pada 9 Ogos 2016 (Selasa) bagi membincangkan berkenaan hal keselamatan di tepi Lebuhraya sepanjang Jalan Impian Putra 4/2E hingga Jalan Impian Putra 4/4E. Seramai 5 orang wakil dari pihak PLUS telah hadir. Antara yang hadir ialah :

a.    En. Norhizam bin Mat Baharin                       - PLUS HQ
b.    Muhammad Arib bin Abd Jalil                        - PLUS HQ
c.    En. Irwanshah bin Mohd Yatim                      - PLUS C5
d.    En. Mohd Anas Ar Razi bin Abd Kadir           - Edgenta PROPEL Berhad
e.    En. Amir                                                         - PLUS C5

Pihak PPTIPF6 memohon kepada PLUS untuk menyediakan penghadang bunyi di tepi lebuhraya dan menyelenggara pagar yang didapati telah rosak.

Hasil perbincangan tersebut, penghadang bunyi di tepi highway tidak dapat disediakan oleh pihak PLUS memandangkan TIP Fasa 6 ini dibangunkan selepas daripada pembinaan lebuhraya. Tanggungjawab membina penghadang bunyi ini sepatutnya diletakkan dibawah tanggungjawab pemaju.

Walau bagaimana pun pihak PLUS bersetuju untuk membaik pulih pagar yang telah rosak dengan penambahan pagar berduri bagi mengelakkan pencerobohan daripada lebuhraya.

Perbincangan di Pejabat Persatuan

Antara yang hadir

Lawatan di sekitar tepi Highway PLUS

Lawatan Wakil Plus

No comments:

Post a Comment