Monday, July 24, 2017

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI 2017

Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Fasa 6, Bangi dengan kerjasama Surau Ar-Rahman telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2017. Alhamdulillah program berjalan dengan jayanya.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada para tetamu yang sudi hadir. Antaranya Tuan Ramlan bin Din, Ketua Polis Balai Bangi serta semua anggota, YBhg. Dr. Hj Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Nazir Masjid Bandar Seri Putra (MBSP) & semua AJK Masjid BSP serta jiran-jiran terdekat Taman Impian Putra Fasa 6.

Terima kasih kepada semua AJK dan semua penduduk yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.


Khemah Utama & Tetamu



Hidangan mengikut Zon

Waffle

Sup Meletop

Buah-buahan

Chakoi

Sate

Ketua Biro Keselamatan bersama tetamu

Persembahan The Soul Kuala Lumpur

Pemenang cabutan bertuah

Pemenang cabutan bertuah

Saturday, April 15, 2017

PROGRAM SIHAT KOMUNITI 2017

#THROWBACK

Program Sihat Komuniti 2017 telah diadakan pada 15 April 2017 dengan kerjasama Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (National Kidney Foundation – NKF) yang membuat saringan kesihatan. Program ini adalah bertujuan memberi kesedaran kepada para penduduk TIP Fasa 6 tentang pentingnya menjaga kesihatan disamping dapat menjalinkan kerjasama antara PPTIPF6 & NKF.

Beberapa acara lain juga turut dijalankan pada hari tersebut. Antaranya :

a.    Ceramah Kesihatan oleh NKF
b.    Klinik Al-Quran
c.    Peraduan Mewarna Kanak-kanak (4 – 6 tahun)
d.    Ceramah Perdana oleh YBhg. Dr Hamzah bin Najib (Hospital Tuanku Jaafar, Seremban)

Disamping pemeriksaan kesihatan dijalankan, Klinik Al-Quran yang khusus untuk kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun. Program ini dikendalikan oleh AJK Surau Ar-Rahman dan dibantu oleh para Fasilitator yang terdiri daripada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 15 orang peserta telah mengambil bahagian.

Antara program lain yang dijalankan adalah Pertandingan Mewarna khusus bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Seramai 23 orang peserta telah mengambil bahagian.

Ceramah Perdana ini telah diadakan pada 13 April 2017 yang disampaikan oleh YBhg. Dr. Hamzah bin Najib, Pegawai Perubatan Orthopedik, Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan. Ceramah ini telah diadakan di Surau Ar-Rahman selepas solat maghrib.

Pihak PPTIPF6 turut menawarkan tapak gerai bagi penduduk yang ingin mengambil peluang memasarkan produk mereka. Sebanyak 17 gerai telah ditempah. Pihak MPKj, Pejabat Tanah & Daerah Hulu Langat serta Kaunter Khidmat ADUN turut mengambil bahagian bagi member kemudahan kepada penduduk untuk membayar cukai pintu dan cukai tanah.

Banner Program

Tuan Haji Tajudin turut mengambil bahagian



Tuan Haji Azman sendang diperiksa




Kaunter SPR



Yayasan Buah Pinggang

Pejabat Tanah Hulu Langat

Kaunter Bergrak MPKj

MC bertugas - Krill Rashid


Sunday, February 19, 2017

PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP TIPF6 2017

#THROWBACK

Biro Belia dan Sukan PPTIPF6 juga telah menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup 2017 pada 19 Februari 2017 (Ahad) bertempat di Bangi Gateway Seksyen 15, Bandar Baru Bangi jam 3.00 petang. Memandangkan tempat yang terhad, Biro Belia dan Sukan hanya membuka sebanyak 60 penyertaan awal.

Bagi mendapatkan komitmen daripada penduduk TIP Fasa 6 sedikit yuran telah dikenakan. Sebanyak RM20 dikenakan kepada dewasa dan RM10 dikenakan kepada kanak-kanak. Memandangkan sambutan yang diberikan oleh para penduduk TIP Fasa 6, Biro Belia dan Sukan PPTIPF6 telah menerima sebanyak 83 penyertaan dan telah dibahagikan kepada beberapa zon.

Semua peserta wanita akan mendapat 7 mata handicap. Antara kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :

a.    Individu (Lelaki/ Wanita)
b.    Pasangan (Suami/ Isteri)
c.    Kanak-kanak (bawah 12 tahun)
d.    Lorong Terbaik berpasukan (4 orang/ pasukan)

Biro Belia dan Sukan juga telah menerima beberapa sumbangan hadiah daripada para penduduk TIP Fasa 6. Tidak ketinggalan juga Ahli Majlis MPKj Zon 24 turut menyumbang wang tunai sebanyak RM1,150.00.

Keputusan penuh bagi pertandingan bowling adalah seperti berikut :

a.    Juara Individu lelaki                            - En. Faizal
b.    Juara Individu Wanita                         - Pn. Norhanifah binti Yeop
c.    Juara Berpasangan                            - En. Mohd Kamal & Pn. Maznah
d.    Strike Terbanyak Lelaki                      - En. Faizal
e.    Strike Terbanyak Wanita                    - Dr. Noriza
f.     Juara Berkumpulan                            - Zon 3 (Jalan Impian Putra 4/3)
g.   Juara Individu Kanak-kanak               - Adik Mohd Hafiz
                  h.  Juara Misteri (mata terendah)            - Cik Azira Azman



Bowling Tertutup TIPF6 2017

Juara Berpasukan 2017

Sunday, August 28, 2016

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERTUTUP 2016


#THROWBACK

Biro Belia dan Sukan PPTIPF6 telah menganjurkan satu pertandingan Bola Tampar Tertutup TIP 2016 pada 28 Ogos 2016. Pertandingan ini telah diadakan di Gelanggang Bola Tampar TIP Fasa 6 di Jalan Impian Putra 4/4E. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad bin Yusof selaku Ahli Majlis MPKj Zon 24.

Bagi mengeratkan silaturrahim, pasukan Bola Tampar dari PLUS C5 turut dijemput bagi menyertai perlawanan persahabatan dengan pasukan TIP Fasa 6. Perlawanan persahabatan ini telah dimenangi oleh Pasukan TIP Fasa 6.

Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian. Daripada 16 pasukan tersebut 2 daripadanya adalah pasukan dari kalangan muslimah TIP F6. Semua 14 pasukan lelaki adalah terdiri daripada penduduk TIP Fasa 6 yang telah dibahagikan mengikut ‘jalan’.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

            Lelaki
Juara                           - Pasukan Panglima Badar (Jalan Impian Putra 4/2)
            Naib Juara                  - Pasukan Jebat (Jalan Impian Putra 4/3)
            Ketiga                          - Pasukan Lekir (Jalan Impian Putra 4/3)

            Wanita
Juara                           - Pasukan Muslimah 1
Naib Juara                  - Pasukan Muslimah 2

Pemain Terbaik
Perlawanan Akhir       - Tuan Haji Roslee bin Abu
Muslimah                    - Puan Roslina binti Ilias
Jalan 4/1 & 4/5            - En. Shaharudin bin Adnan
Jalan 4/2                     - Dr. Nizlan
Jalan 4/3                     - Tuan Haji Khairudin
Jalan 4/4                     - En. Azman bin Limin

Semua hadiah dan perbelanjaan bagi pertandingan ini adalah sumbangan penduduk TIP Fasa 6 dan wang tunai daripada Ahli Majlis Zon 24, Tuan Haji Ahmad bin Yusof sebanyak RM500.

Pasukan yang layak ke Perlawanan Akhir

Pasukan PLUS C5

Antara yang mengambil bahagian



Muslimat turut mengambil bahagian


Pasukan Jalan 4/2

Pasukan Jalan 4/3






Penyampaian hadiah

Pasukan Juara 

JUARA Jalan 4/2

Naib Juara Jalan 4/3

Pasukan Juara bersama YBhg. Dato' Pengerusi


Pemain Terbaik TIP