Monday, March 30, 2020

RAKYAT SELANGOR BERDOA

Kepada semua Nazir Masjid, Pengerusi Surau Kebenaran Jumaat, Pengerusi Surau, Pentadbir Musolla seluruh daerah Hulu Langat,

Di sini disertakan surat berkaitan ARAHAN PERLAKSANAAN SERENTAK "PROGRAM RAKYAT SELANGOR BERMUNAJAT DAN BERDOA" BAGI MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH SWT DARI MUSIBAH COVID-19 DAN KESEJAHTERAAN UMMAH, NEGERI DAN NEGARA.

Sehubungan dengan itu mohon perhatian dan tindakan daripada pihak tuan berkaitan perkara tersebut. Segala butiran dan maklumat ada terkandung di dalam surat diatas.

Sedikit  makluman  / penjelasan berkaitan perkara diatas :

- Hanya Imam / Bilal / Siak yang bertugas sahaja berada di Masjid, Surau dan Musolla (seperti arahan terdahulu-belum terbatal).

- Imam perlu membaca zikir-zikir dan doa dengan menggunakan pembesar suara luar supaya dapat didengari oleh ahli kariah masing-masing.

- Ahli kariah boleh mengikut Imam untuk membaca zikir dan mengaminkan bacaan doa tetapi tetap berada di kediaman masing2. Bukan berada di Masjid, Surau dan Musolla.

Sekiranya ada maklumat tambahan berkenaan perkara diatas ianya akan diberitahu kemudian.

Sekian Untuk Makluman & Tindakan.


No comments:

Post a Comment