Tuesday, January 28, 2020

KULIAH MAGHRIB PERDANA

📌 Fenomena Fitnah Akhir Zaman - Apa Persediaan Kita

UST RIZUAN RAHMAT
Pertubuhan Pendakwah Selangor 

📆 Tarikh: 29 Januari 2020
🌐 Hari: Rabu mlm Khamis  
⏰ Masa: Selepas Maghrib
🕌 Surau al-Rahman, TIP

🔥 ISI-ISI PENTING?
🚩Apakah maksud fitnah?
🚩Bilakah akhir zaman?
🚩Bagaimanakah fitnah itu berlaku?
🚩Apakah jenis fitnah yg berlaku?
🚩Apa persediaan kita?
‼ Mari kita ikuti penjelasan lanjut pada ceramah perdana ini.

Semua dijemput hadir

YBhg. Ustaz Rizuan Rahmat


Monday, January 27, 2020

ZIARAH KELAHIRAN KARIAH SURAU AR-RAHMAN

Makluman Ziarah Kelahiran Baru

Tarikh : 21hb Januari 2020
Hari    : Selasa   

1) Puan Muliana.
    No 56 Jalan Impian Putra 4/3

2) Pn Zawiah.
    No 36 Jalan Impian Putra 4/3

3) Pn Masjalina.
    No 13 Jalan Impian Putra 4/5A

Bagi pihak AJK Surau Ar-Rahman, Tahniah diucapkan.




Monday, January 20, 2020

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA SURAU DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA 2020 - 2022

Berikut adalah Carta Organisasi bagi Pentadbiran Surau Ar-Rahman bagi tempoh 2020 - 2022. Sebarang cadangan, masalah dan bantuan boleh berhubung dengan mana-mana AJK.

AJK Surau Ar-RAhman 2020 - 2022

Thursday, January 16, 2020

MESYUARAT BIL 1 TAHUN 2020

Mesyurat Bil 1 AJK telah diadakan pada 16 Januari 2020 (Khamis) bagi memperkemaskan gerak kerja pentadbiran Surau Ar-Rahman.

Mesyuarat akan datang akan diadakan pada 8 Februari 2020 (Sabtu) jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Masjid Bandar Seri Putra, Bangi.

Mesyuarat AJK Bil 1 Tahun 2020

Sunday, December 29, 2019

PERTANDINGAN BOLA SEPAK TERTUTUP PIALA PENGERUSI TIPF6

Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Fasa 6, Bangi melalui Biro Sukan telah menganjurkan satu pertandingan bola sepak tertutup Piala Pengerusi TIPF6. Pertandingan ini adalah untuk anak-anak penduduk TIP kategori bawah 10 dan 12 tahun sempena musim cuti sekolah.

Pasukan jemputan dari Putrajaya turut dijemput bagi memeriahkan program ini.

Program ini juga turut melibatkan ibubapa melalui pertandingan sepakan penalti.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi PPTIPF6 iaitu Tuan Haji Roslee bin Abu.

Banner pertandingan

Antara pasukan yang mengambil bahagian



perlawanan sedang berlangsung

DJ bertugas 

Piala Pusingan

Sunday, September 2, 2018

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPTIPF6 KALI KE-3

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-3, PPTIF6 telah diadakan pada 2 September 2018. Mesyuarat Agung pada kali turut diadakan bersama Program Makan Durian bagi menghargai semua penduduk yang telah memberi kerjasama yang baik sepanjang AJK menjalankan tugas.

Mesyuarat Agung pada kali ini turut membuat pemilihan bagi AJK yang baru bagi sesi 2018 - 2020.

Banner Progam

Perasmian oleh Ketua Polis Balai Bangi

Ucapan Aluan YBhg. Dato. Pengerusi PPTIPF6

Penolong Bendahari menjawab pertanyaan

Tuan Setiausaha sedang membentangkan laporan

Antara yang hadir


Makan durian


Serah tugas kepada Pengerusi PPTIPF6 yang baru
YBhg. Dato' Abu Samah bin Ahmad

Thursday, June 7, 2018

SEBUT HARGA BAGI MELEBARKAN PINTU MASUK TIP FASA 6 DAN MEMASANG AUTOGATE SERTA CCTV

Kontraktor yang berkelayakan adalah dipelawa untuk menyetai sebutharga ini seperti butiran yang dilampirkan di bawah.

Sebut harga Autogate dan CCTV

Sebut harga menaiktaraf pintu masuk TIP Fasa 6