Thursday, June 7, 2018
Tuesday, June 5, 2018
Sunday, December 17, 2017
FUNRIDE TIP 2017
Program Fun Ride 2017 telah dikelolakan oleh Biro Belia dan Sukan
PPTIPF6 pada 17 Disember 2017. Program ini telah disertai oleh 200 orang
peserta dan terbuka kepada semua penduduk sekitar Bandar Seri Putra. Program
ini telah mendapat sambutan yang begitu baik daripada peserta.
![]() |
| Tuan Haji Ahmad bin Yusof bersama peserta FUNRIDE 2017 |
![]() |
| Barisan AJK & Urusetia FUNRIDE 2017 |
![]() |
| En. Mohd Nasrul bin Menhat antrra peserta yang menyertai FUNRIDE2017 |
![]() |
| Peserta wanita turut tidak ketinggalan |
![]() |
| Peserta-peserta yang telah bersedia |
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Ahmad bin Yusof selaku Ahli Majlis MPKj Zon 24. Turut hadir dalam program ini ialah kakitangan Balai Polis Bangi, Bandar Seri Putra, Bangi.
![]() |
| Tuan Haji Ahmad bin Yusof berucap merasmikan FUNRIDE TIP 2017 |
![]() |
| Anggota Balai Polis Bangi turut menyampaikan pesanan |
Terdapat juga acara sampingan iaitu acara tarik tali, sukaneka untuk anak-anak TIP dan program pemeriksaan kesihatan yang dikelolakan oleh MAKNA.
![]() |
| Tuan Haji Banuri bin Aris selaku Pengerusi PPTIPF6 bersedia untuk memulakan pertandingan |
![]() |
| Kaunter MAKNA |
![]() |
| Bilik Pemeriksaan |
Wednesday, October 18, 2017
GOTONG ROYONG PERDANA
Bagi memastikan
persekitaran yang bersih,
PPTIPF6 turut mengadakan
Gotong-Royong Perdana. Program ini telah berlangsung pada 18 Oktober
2017 bermula jam 8.00 pagi.
Program
ini juga turut mendapat bantuan dan kerjasama dari Majlis Perbandaran Kajang
(MPKj) dan BOMBA.
Lokasi pembersihan adalah tertumpu kepada longkang
hadapan & belakang kediaman. lni bagi mengelakkan air bertakung yang boleh
menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Selain itu penumpuan juga diberikan di
kawasan yang berhampiran pili bomba.
![]() |
| En. Suhaimi Ketua Biro Komuniti sedang memberikan taklimat |
![]() |
| Dato, Haji Banuri Pengerusi PPTIPF6 sedang menyantuni penduduk TIPF6 |
![]() |
| Anggota Tentera sedang memberi amaran kepada Amran |
![]() |
| Pasukan BOMBA dari Balai Bomba Bangi turut hadir membantu |
Wednesday, September 13, 2017
PERTANDINGAN KEJIRANAN TERBAIK MPP MPKj 2017
Hari ini tibalah giliran Taman Impian Putra Fasa 6 untuk membuat persembahan aktiviti Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Fasa 6 (PPTIPF6) di Dewan Sri Cempaka Saujana Impian, Kajang.
PPTIPF6 diwakili oleh Setiausaha dan Bendahari PPTIPF6. Semoga TIPF6 beroleh sesuatu hendaknya.
PPTIPF6 diwakili oleh Setiausaha dan Bendahari PPTIPF6. Semoga TIPF6 beroleh sesuatu hendaknya.
![]() |
| Setiausaha dan Bendahari PPTIPF6 |
![]() |
| Setiausaha PPTIPF6 sedang membentangkan aktiviti TIP F6 |
![]() |
| Antara mereka yang hadir |
![]() |
| Jadual persembahan |
Tuesday, September 12, 2017
SEKITAR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KEDUA
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Fasa 6, Bangi telah diadakan pada 9 September 2017 (Sabtu). Seramai 53 orang telah hadir ke AGM tersebut. Semoga apa yang telah dirancangkan membawa kebaikan kepada penduduk TIP Fasa 6.
Mesyuarat Agung kali ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Ahmad bin Yusof selaku Ahli Majlis MPKj Zon 24.
![]() |
| Buku Laporan Tahunan |
![]() |
| Pengerusi PPTIPF6 |
![]() |
| Ahli Majlis MPKj Zon 24 Tuan Haji Ahmad bin Yusof |
![]() |
| Penyampaian Cenderahati |
![]() |
| Barisan AJK 2016 - 2018 |
![]() |
| antara yang hadir |
![]() |
| Wanita turut hadir |
![]() |
| antara yang hadir |
Subscribe to:
Posts (Atom)


















































