Tuesday, January 3, 2012
Wednesday, December 7, 2011
MESYUARAT AGUNG DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA SURAU AR-RAHMAN
Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Tarikh : 18 Disember 2011 (Ahad)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau Ar-Rahman, Taman Impian Putra.
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
1) Ucapan Pengerusi
2) Pembentangan Laporan Aktiviti
Sekian, terima kasih.
( HAJI MOHAMED BIN OTHMAN )
Pengerusi
Surau Ar-Rahman
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat agung tahunan serta pemilihan Jawatankuasa Surau Ar-Rahman (2011 - 2013) akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 18 Disember 2011 (Ahad)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau Ar-Rahman, Taman Impian Putra.
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
1) Ucapan Pengerusi
2) Pembentangan Laporan Aktiviti
3) Pembentangan Penyata Kewangan
4) Perlantikan Jawatankuasa Surau bagi sesi 2011 – 2013
5) Pembentangan Usul
6) Hal-hal lain
4. Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut.
Sekian, terima kasih.
( HAJI MOHAMED BIN OTHMAN )
Pengerusi
Surau Ar-Rahman
Tel : 019-3528007
e-mail : mohd1297@yahoo.comSunday, November 6, 2011
UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan Semua Penduduk TIP,
Saya mewakili pihak Jawatankuasa Surau Ar-Rahman (JSAR) ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penduduk yang telah terlibat dalam menjayakan program gotong-royong pada 5 Nov 2011 (Sabtu) yang lalu dan Program Korban 1432H yang telah diadakan tadi. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan Semua Penduduk TIP.
Semoga program seperti ini dapat dijadikan program tahunan agar ukhuwah yang telah sedia terjalin dapat dieratkan lagi sesama penduduk TIP.
Sekian, terima kasih.
HJ. MOHAMED BIN OTHMAN
Pengerusi
Surau Ar-Rahman
Thursday, November 3, 2011
SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA DAN KORBAN 1432H
Semua Penduduk
Taman Impian Putra Jalan 4
Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA DAN KORBAN 1432H
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Solat Sunat Aidiladha
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau Ar-Rahman (JSAR) akan menganjurkan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1432 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 6 November 2011/ 10 Zulhijjah 1432 (Ahad)
Masa : 8.15 pagi
Tempat: Surau Ar-Rahman, TIP
Tempat: Surau Ar-Rahman, TIP
Program Korban 1432H
3. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan juga JSAR akan menganjurkan program korban selepas solat sunat Aidiladha. Sebanyak lima (5) ekor lembu akan dikorbankan. Program korban ini akan dimulakan pada jam 9.30 pagi. Kehadiran Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan bagi menjayakan program ini amatlah dialu-alukan.
4. Agihan daging korban akan dibuat apabila semua daging korban telah siap dibungkus untuk dibahagikan. Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan bolehlah mengambil daging korban tersebut dengan membawa keratan di bawah di Surau Ar-Rahman bermula jam 2.00 petang.
Gotong-royong Surau
5. Bagi memastikan sambutan program Hari Raya Aidiladha berjalan lancar dengan persekitaran yang selesa JSAR telah memutuskan untuk mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan surau pada 5hb November 2011 (Sabtu) jam 9.00 pagi. Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dan semua penduduk adalah dijemput hadir.
Kerjasama dari Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.
HAJI MOHAMED BIN OTHMAN
Pengerusi
Surau Ar-Rahman
Thursday, September 15, 2011
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TIP JALAN 4
Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan semua penduduk,
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432H akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 25hb September 2011 (Ahad)
Masa : 10.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Padang Permainan, TIP
Semua penduduk TIP Jalan 4 adalah dijemput hadir beramai-ramai bagi meraikan sambutan Hari Raya ini.
Sekian, terima kasih.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432H akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 25hb September 2011 (Ahad)
Masa : 10.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Padang Permainan, TIP
Semua penduduk TIP Jalan 4 adalah dijemput hadir beramai-ramai bagi meraikan sambutan Hari Raya ini.
Sekian, terima kasih.
Saturday, August 27, 2011
SOLAT SUNAT AIDILFITRI
Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan semua penduduk,
Solat sunat Aidilfitri 1432H akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 1 Syawal 1432H
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Surau Ar-Rahman Taman Impian Putra Bangi Selangor
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat.
AJK Surau Ar-Rahman
Taman Impian Putra
Bangi Selangor
Solat sunat Aidilfitri 1432H akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 1 Syawal 1432H
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Surau Ar-Rahman Taman Impian Putra Bangi Selangor
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat.
AJK Surau Ar-Rahman
Taman Impian Putra
Bangi Selangor
Thursday, August 25, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)

