Saturday, February 22, 2020

TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN (PERLINDUNGAN) ALLAH SWT PADA HARI KIAMAT

Terdapat tujuh (7) golongan yang mendapat Naungan (perlindungan) Allah SWT di Hari Kiamat kelak. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, Rasulullah  bersabda:

قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ، اْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه. (صحيح البخاري)
“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى  pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya[Q1]. (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى, (3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah سبحانه وتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, (5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya[Q2] basah kerana menangis.” (Sahih Bukhari, Hadis no 620)

Penjelasan lanjutnya adalah sebagai berikut.:

.
1. Pemimpin Yang Adil

Pemimpin di sini termasuk Ketua Negara, Presiden, Gabenor, Ketua Daerah, ketua pejabat, penghulu, ketua rumah tangga (suami) atau ketua pelajar. Kerana setiap kita adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan oleh Allah سبحانه وتعالى kelak. Untuk itu, seorang pemimpin perlu bertindak adil sehingga semua orang yang dipimpinya boleh merasakan perkhidmatan yang maksimum dan menegakkan peruntukan undang-undang yang sebenar.
.
.
2. Pemuda Yang Membesar Dalam Ketaatan (Ibadah)

Masa muda adalah masa di mana syahwat sedang memuncak sehingga tidak kurang ramai pemuda yang terjerumus dalam kemaksiatan. Hanya pemuda yang mampu mengisi hari-harinya dengan ibadah sahajalah yang terselamat di hari kiamat. Sebagaimana kisah ‘Ashabul Kahfi’ (Para pemuda Kahfi) yang mengelakkan kezaliman penguasa untuk menyelamatkan aqidah mereka.
.
.
3. Seorang Yang Hatinya Terikat Dengan Masjid

Orang yang tidak akan terlepas setiap peluang untuk memakmurkan masjid dengan ibadah dan amal-amal soleh secara istiqamah, terutama solat fardhu berjemaah. Hatinya selalu ‘risau dan resah’ apabila jauh dari masjid, dan berasa sedih bila tak boleh mendatanginya di waktu-waktu solat berjemaah dan ketika majlis diadakan.
.
.
4. Dua Orang Yang Saling Mencintai Kerana Allah سبحانه وتعالى, Berkumpul Dan Berpisah Kerana Allah سبحانه وتعالى.

Tingkatan hubungan keimanan tertinggi adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah. Bila dua orang saling mencintai kerana masing-masing selalu menjaga kecintaannya pada Allah سبحانه وتعالى, bertemu dalam rangka mengingat Allah سبحانه وتعالى dan berpisah dengan tetap dalam zikir pada Allah سبحانه وتعالى maka keduanya akan selamat di hari kiamat.
.
.
5. Seorang Lelaki Yang Diajak Berzina Oleh Seorang Perempuan Kaya Dan Cantik Tetapi Ia Menolak Dan Berkata, “Aku Takut Pada Allah سبحانه وتعالى.

Sebagaimana kisah nabi Yusuf a.s. yang digoda oleh Zulaikha, keduanya saling cenderung sehingga jika bukan kerana petanda dari Allah سبحانه وتعالى, maka keduanya akan melakukan maksiat sehingga Yusuf a.s. berkata, “Ya Allah! Lebih baik hamba dipenjara daripada melakukan maksiat kepadamu.” Suatu peristiwa yang mungkin pada masa ini sangat jarang berlaku dan sukar ditemui.
.
.
6. Seseorang Yang Bersedekah Dengan Sembunyi-Sembunyi Sehingga Tangan Kiri Tidak Tahu Apa Yang Diberikan Oleh Tangan Kanan.

Amal yang disertai dengan sepenuh keikhlasan adalah salah satu syarat diterimanya amal kebajikan oleh Allah سبحانه وتعالى. Keikhlasan adalah perkara yang sukar dan oleh kerana itulah hanya orang-orang yang ikhlas sahaja yang tidak akan dipesongkan dan disesatkan oleh syaitan laknatullah.
.
.
7. Seseorang Yang Berzikir Kepada Allah Dalam Kesunyian Sehingga Menitiskan Air Mata.

Zikir bagi orang beriman ibarat nafas bagi setiap makhluk yang hidup. Ketika seseorang tidak leka dan terlepas daripada zikir sama ada di waktu siang mahupun di malam hari, maka ia seolah-olah makhluk hidup yang sentiasa boleh bernafas bebas. Mengingati Allah سبحانه وتعالى sehingga menitiskan air mata adalah sesuatu yang amat sukar, kecuali bagi insan-insan yang hatinya telah lembut oleh hidayah Allah سبحانه وتعالى. Sebagaimana ciri orang beriman, ketika mendengar kalimat Allah سبحانه وتعالى, maka bergetarlah hatinya dan ketika mendengar Al-Quran dan maka bertambah teballah keimanan mereka.
.
Sebagai seorang hamba yang masih dipinjamkan hayat di dunia ini. Semoga kita dapat mengambil ikhtibar dan hikmah dari huraian hadis di atas. Dan diharapkan semoga kita termasuk dan menjadi salah seorang daripada 7 golongan yang mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى di Hari Qiamat kelak, kerana hanya dengan naungan Allah سبحانه وتعالى sahaja yang kita dambakan dan boleh selamatkan diri kita daripada kepedihan hari pembalasan.
Dr. Shauqi Othman

Wednesday, February 19, 2020

KULIAH KHAS

Jemput hadir beramai-ramai.

Dr. Shauqi

Tuesday, February 18, 2020

SUMBANGAN DANA SURAU AR-RAHMAN

Buat mereka yang berhajat untuk menyumbang bolehlah menyumbang secara online seperti butiran di bawah.


Monday, February 17, 2020

AKIBAT SOLAT SUNAT DHUHA

Banyak Orang Yang belum tahu apa akibat yang akan mereka rasakan bila rajin solat dhuha.

Beruntung sekali anda mempunyai kesempatan membaca tulisan dibawah ini, semoga menjadi pelajaran berharga untuk kita semua.

Pertama
orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. “Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR. Turmudzi)

Kedua
Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Alah. “Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.” (HR. Hakim).

Ketiga
Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. “Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat. Dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di syurga untuknya.” (HR. At-Thabrani).

Keempat
Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha kelak ia akan masuk syurga pada pintu khusus, pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah. “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.” (HR. At-Thabrani).

Kelima
Allah menyukupkan rezekinya. “Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan menyukupimu di akhir harimu.” (HR. Abu Darda`).

Keenam
Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. “Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Muslim).

Setelah Baca Tulisan Diatas Masih Punya Alasan Untuk Meninggalkan Solat Dhuha ?

Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita kerjakan sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat dzuhur.
Alhamdulillah ...siapapun yg menulis Pertama tulisan ini semoga kita bisa mengambil pelajaran dan kita amalkan kehidupan seharian kita.

SEMANGAT SOLAT DHUHA

🍃 Boleh di share biar lebih bermanfaat buat ramai orang, kalau info ini di simpan sendiri juga tiada masalah

🍃 Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari).

Sebab sekarang anda memiliki dua pilihan ,
1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini
2. Meng'Share' pengetahuan ini ke 3 group facebookmu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu. Aamiin..

Semoga yg comment Aamiin dijauhkan dari segala penyakit, dikurniakan kesihatan wal'afiat, rezekinya melimpah ruah, dan keluarganya bahagia Dan bisa masuk Syurga melalui pintu mana saja. Aamiin ya Rabbal'alamiin.


Sunday, February 9, 2020

KULIAH TAFSIR QURAN

Sila klik LINK ini untuk mengikuti kuliah penuh.

Ustaz Haji Azian bin Man

Saturday, February 8, 2020

MESYUARAT AJK BIL 2 TAHUN 2020

Mesyuarat AJK Bil 2 tahun 2020 telah diadakan pagi ini di Bilik Mesyuarat Masjid Bandar Seri Putra, Bangi. Seramai 11 orang AJK telah hadir ke mesyuarat ini. Turut hadir adalah 2 orang pemeriksa kira-kira.

Semoga apa yang telah dibincang dan dirancang dapat berjalan dengan baik dan dipermudahkan segala urusan.

Terima kasih kepada pengurusan Masjid Bandar Seri Putra, Bangi yang telah memberi kebenaran untuk menggunakan bilik mesyuarat.

Dr. Izwan mempengerusikan mesyuarat
AJK yang hadir



Friday, February 7, 2020

KULIAH MAGHRIB

Sila klik link ini untuk mengikuti kuliah penuh. 

Kuliah Maghrib Ustaz Daniel





Thursday, February 6, 2020

PROGRAM BACAAN YASIN

Program bacaan Surah Yasin dan 10 ayat awal Surah Al-Kahfi telah dijalankan di Surau Ar-Rahman. Program ini adalah program rutin setiap malam jumaat. Bacaan 10 ayat awal Surah Al-Kahfi adalah program baru yang diperkenalkan pada malam ini.

Semoga memperoleh keberkatan dariNya.

YM Ustaz Raja memimpin bacaan Yasin & Surah Al-Kahfi
Antara jemaah yang hadir
Antara jemaah yang hadir

Tetamu dari Makasar Indonesia turut bersama


Sunday, February 2, 2020

KELEBIHAN ORANG YANG BERZIKIR

Kita hendaklah banyakkan zikir kepada Allah agar hati tidak keras dan buta. Apabila kita banyak berzikir hati akan menjadi celik.

Abu Musa Asha'ari telah meriwayatkan Rasullulah S.A.W bersabda :

Perumpamaan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah umpama orang yang hidup dengan orang mati.

#kuliahmaghrib
#020220

YBhg. Ustaz Dr. Muhammad Najib bin Abdullah



MAJLIS KESYUKURAN & AQIQAH

Majlis En. Shafiq

PADA AHAD 2 FEBRUARI 2020

🕰JAM 11.00 pagi - 3.00 petang

🏡BERALAMAT di No 16,Jalan Impian Putra 4/3, Taman Impian Putra, 43000 Kajang, Selangor.

Selamat Datang ke Taman Impian Putra Fasa 6, Bangi.

Ustaz Najib mengetuai bacaan doa

antara ahli kariah TIP yang hadir

LATIHAN BOLASEPAK ABTL

Seperti biasa, program pagi ahad adalah latihan bola sepak yang dikendalikan oleh Akademi Bola Sepak Tunas Lagenda (ABTL) Bangi di Padang Permainan Taman Impian Putra Fasa 6, Bangi.

Program ini dikelolakan oleh En. Kamal bin Ayub. Semoga lahir pemain bola yang berbakat besar dari ABTL Bangi.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!!

Pelatih harapan


sedang mendegar taklimat dari coach

sesi latihan



menunggu arahan dari coach