Monday, August 28, 2017
Monday, August 21, 2017
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-2
Semua Penduduk
Taman Impian Putra Fasa 6, Bangi
Selangor Darul Ehsan
YBhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE-2
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacirta dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Fasa 6, Bangi (PPTIPF6) kali ke-2 akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 9 September 2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Perkarangan Surau Ar-Rahman, Taman Impian Putra Fasa 6
3. Agenda Mesyuarat Agung kali ke-2 adalah seperti berikut :
3.1 Ucapan Aluan Pengerusi.
3.2 Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Pertama Tahun 2016
3.3 Membentangkan Laporan Tahunan Jawatankuasa berakhir 30 Jun 2017.
3.4 Membentangkan Penyata Kewangan Yang Diaudit berakhir 30 Jun 2017.
3.5 Membentangkan Pindaan Perlembagaan.
3.6 Membentang, Membahas dan Menerima Usul (jika ada).
3.7 Hal-hal lain.
3.8 Ucapan Penangguhan
4. Sehubungan dengan itu YBhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dan semua penduduk dijemput untuk hadir ke mesyuarat seperti yang tersebut di atas.
5. Bersama surat ini dilampirkan borang usul untuk dilengkapkan dan dikembalikan kepada AJK PPTIPF6 di Pondok Pengawal pada atau sebelum 3 September 2017 (Ahad). YBhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan perlu hadir untuk membahaskan usul yang dicadangkan dan ketidakhadiran YBhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan akan menyebabkan usul yang dicadangkan tidak akan dibahaskan.
Sekian, terima kasih.
SETIAUSAHA
PPTIPF6
Borang Usul |
Friday, August 4, 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)