#THROWBACK
Program
Sihat Komuniti 2017 telah diadakan pada 15 April 2017 dengan kerjasama Yayasan
Buah Pinggang Kebangsaan (National Kidney Foundation – NKF) yang membuat
saringan kesihatan. Program ini adalah bertujuan memberi kesedaran kepada para
penduduk TIP Fasa 6 tentang pentingnya menjaga kesihatan disamping dapat
menjalinkan kerjasama antara PPTIPF6 & NKF.
Beberapa acara lain juga turut dijalankan pada hari
tersebut. Antaranya :
a.
Ceramah
Kesihatan oleh NKF
b.
Klinik
Al-Quran
c.
Peraduan
Mewarna Kanak-kanak (4 – 6 tahun)
d.
Ceramah
Perdana oleh YBhg. Dr Hamzah bin Najib (Hospital Tuanku Jaafar, Seremban)
Disamping
pemeriksaan kesihatan dijalankan, Klinik Al-Quran yang khusus untuk kanak-kanak
yang berumur 7 hingga 12 tahun. Program ini dikendalikan oleh AJK Surau Ar-Rahman
dan dibantu oleh para Fasilitator yang terdiri daripada pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 15 orang peserta telah mengambil bahagian.
Antara
program lain yang dijalankan adalah Pertandingan Mewarna khusus bagi
kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Seramai 23 orang peserta telah
mengambil bahagian.
Ceramah
Perdana ini telah diadakan pada 13 April 2017 yang disampaikan oleh YBhg. Dr.
Hamzah bin Najib, Pegawai Perubatan Orthopedik, Hospital Tuanku Jaafar
Seremban, Negeri Sembilan. Ceramah ini telah diadakan di Surau Ar-Rahman
selepas solat maghrib.
Banner Program |
Tuan Haji Tajudin turut mengambil bahagian |
Tuan Haji Azman sendang diperiksa |
Kaunter SPR |
Yayasan Buah Pinggang |
Pejabat Tanah Hulu Langat |
Kaunter Bergrak MPKj |
MC bertugas - Krill Rashid |