17 Okt - Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Jalan 4 Taman Impian Putra Bangi Selangor dan Majlis Ramah Mesra telah diadakan dengan jayanya. Dianggarkan hampir 500 orang yang terdiri daripada penduduk serta ahli keluarga telah hadir bagi meraikan majlis berkenaan.
Pelbagai juadah telah disediakan pada hari tersebut. Antaranya lemang, lontong, sate, bihun 4 rasa & daging rusa dan lain-lain. Persediaan bagi majlis ini telah bermula pada hari Sabtu (16 Oktober 2010) dengan aktiviti pemasangan khemah serta memasak yang turut dihadiri oleh kaum ibu.
|
berbincang strategi pelaksanaan program |
|
antara kaum ibu yang hadir bagi menyediakan juadah |
|
rendang yang sedang dimasak |
|
lemang..antara menu utama |
|
turut disajikan EPL 'live' dari TIP |
Acara kemuncak bagi program majlis ramah mesra ini adalah Mesyaurat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Jalan 4 Taman Impian Putra Bangi Selangor. Antara agenda utama adalah perlantikan AJK Persatuan yang baru bagi menggantikan AJK Penaja. Seramai 20 orang AJK telah dilantik dalam mesyuarat agung berkenaan iaitu Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan 15 orang AJK mengikut lorong masing-masing.
|
antara penduduk yang hadir |
|
setiausaha panaja sedang membentangkan laporan |
|
kaum ibu turut mengambil bahagian |
|
Sdr. Esmail dan Semutrunner antara AJK baru yang dilantik |
Syabas dan tahniah diucapkan kepada AJK Persatuan Penaja dan Surau Ar-Rahman atas kejayaan mereka menganjurkan program seumpama ini. Diharapkan majlis seperti ini dapat diadakan sekali lagi bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara penduduk.