Wednesday, December 7, 2011

MESYUARAT AGUNG DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA SURAU AR-RAHMAN

Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat agung tahunan serta pemilihan Jawatankuasa Surau Ar-Rahman (2011 - 2013) akan diadakan seperti ketetapan berikut:

          Tarikh  : 18 Disember 2011 (Ahad)
          Masa    : 9.00 malam
          Tempat : Surau Ar-Rahman, Taman Impian Putra.

3.         Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

                        1)      Ucapan Pengerusi
                          2)      Pembentangan Laporan Aktiviti
3)      Pembentangan Penyata Kewangan
4)      Perlantikan Jawatankuasa Surau bagi sesi 2011 – 2013
5)       Pembentangan Usul
6)      Hal-hal lain

4.         Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih.

( HAJI MOHAMED BIN OTHMAN )
Pengerusi
Surau Ar-Rahman

Tel           : 019-3528007
e-mail      : mohd1297@yahoo.com

Sunday, November 6, 2011

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan Semua Penduduk TIP,

Saya mewakili pihak Jawatankuasa Surau Ar-Rahman (JSAR) ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penduduk yang telah terlibat dalam menjayakan program gotong-royong pada 5 Nov 2011 (Sabtu) yang lalu dan Program Korban 1432H yang telah diadakan tadi. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan Semua Penduduk TIP.

Semoga program seperti ini dapat dijadikan program tahunan agar ukhuwah yang telah sedia terjalin dapat dieratkan lagi sesama penduduk TIP.

Sekian, terima kasih.

HJ. MOHAMED BIN OTHMAN
Pengerusi
Surau Ar-Rahman

Thursday, November 3, 2011

SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA DAN KORBAN 1432H

Semua Penduduk
Taman Impian Putra Jalan 4

Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA DAN KORBAN 1432H

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Solat Sunat Aidiladha

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau Ar-Rahman (JSAR) akan menganjurkan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1432 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 6 November 2011/ 10 Zulhijjah 1432 (Ahad)
Masa   : 8.15 pagi
Tempat: Surau Ar-Rahman, TIP

Program Korban 1432H

3.         Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan juga JSAR akan menganjurkan program korban selepas solat sunat Aidiladha. Sebanyak lima (5) ekor lembu akan dikorbankan. Program korban ini akan dimulakan pada jam 9.30 pagi. Kehadiran Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan bagi menjayakan program ini amatlah dialu-alukan.

4.         Agihan daging korban akan dibuat apabila semua daging korban telah siap dibungkus untuk dibahagikan. Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan bolehlah mengambil daging korban tersebut dengan membawa keratan di bawah di Surau Ar-Rahman bermula jam 2.00 petang.

Gotong-royong Surau

5.         Bagi memastikan sambutan program Hari Raya Aidiladha berjalan lancar dengan persekitaran yang selesa JSAR telah memutuskan untuk mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan surau pada 5hb November 2011 (Sabtu) jam 9.00 pagi. Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dan semua penduduk adalah dijemput hadir.

Kerjasama dari Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Saya bagi pihak JSAR mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua penduduk TIP.

HAJI MOHAMED BIN OTHMAN
Pengerusi
Surau Ar-Rahman

Thursday, September 15, 2011

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TIP JALAN 4

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan semua penduduk,

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432H akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh   : 25hb September 2011 (Ahad)
Masa    : 10.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Padang Permainan, TIP

Semua penduduk TIP Jalan 4 adalah dijemput hadir beramai-ramai bagi meraikan sambutan Hari Raya ini.

Sekian, terima kasih.

Saturday, August 27, 2011

SOLAT SUNAT AIDILFITRI

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan semua penduduk,

Solat sunat Aidilfitri 1432H akan diadakan seperti ketetapan berikut:

           Tarikh   : 1 Syawal 1432H
           Masa     : 8.15 pagi
           Tempat : Surau Ar-Rahman Taman Impian Putra Bangi Selangor

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat.

AJK Surau Ar-Rahman
Taman Impian Putra
Bangi Selangor

Thursday, August 25, 2011

SALAM AIDILFITRI

Sunday, August 21, 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTAR PERDANA

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan semua penduduk,

Jawatankuasa Surau Ar-Rahman Taman Impian Putra akan mengadakan program di atas seperti ketetapan berikut:
    
     Tarikh   : 21 Ogos 2011/ 21 Ramadhan 1432M (Ahad)
     Masa     : 6.15 petang
     Tempat : Surau Ar-Rahman

Antara aturcara yang telah dirancang adalah :

       6.15 petang - Kehadiran penduduk TIP
       6.30 petang - Majlis Khatam Al-Quran
                           - Penyampain Cenderahati
       7.26 malam - Berbuka Puasa (ringan)
                           - Solat Maghrib
                           - Jamuan Makan
       8.33 malam - Solat Isya'
                           - Solat Terawih & Witir
                           - Tazkirah
                           - Moreh

Tazkirah akan disampaikan oleh Y.Bhg. Ust Mohd Farid Ravi bin Abdullah (Pensyarah KUIS).

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan semua penduduk adalah dijemput untuk hadir beramai-ramai.

Sekian, terima kasih.

HJ. MOHAMED BIN OTHMAN
Pengerusi

Saturday, August 13, 2011

ZAKAT FITRAH 1432H

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dimaklumkan bahawa Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melantik Amil Zakat bagi kawasan Taman Impian Putra Jalan 4 tahun 1432H iaitu Tuan Haji Mohamed bin Othman merangkap Pengerusi Surau Ar-Rahman.

Sehubungan dengan itu Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan boleh membayar zakat fitrah dengan beliau selepas solat tarawih atau selepas solat fardhu di Surau Ar-Rahman Taman Impian Putra atau menghubungi beliau ditalian 019-3528007 untuk pembayaran zakat berkenaan.

Kadar zakat yang telah ditetapkan oleh LZS adalah sebanyak RM7.00 seorang.

Sekian, terima kasih.

b.p. Setiausaha
Surau Ar-Rahman

Monday, August 8, 2011

SURAU AR-RAHMAN SIAP SEPENUHNYA

Alhamdulillah, pembinaan Surau Ar-Rahman termasuk ruang solat tambahan & tandas siap sepemuhnya. Semoga ahli kariah TIP Fasa 6 dapat menunaikan solat dengan tenang & selesa.

Papan tanda projek

Ruang solat tambahan

Pantry

kolah untuk wudhu'

Bahagian Muslimat

Kawasan parkir

Friday, August 5, 2011

PROGRAM 'JOM! SAHUR DI SURAU'

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

Program bersahur akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh   : 6hb Ogos 2011 (Sabtu)
Masa    : 3.30 pagi
Tempat : Surau Ar-Rahman

Program bersahur ini akan dimulakan dengan 'Qiamullail'.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai.

BIRO DAKWAH
Surau Ar-Rahman
Taman Impian Putra

Wednesday, July 20, 2011

CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan Semua Penduduk,

Jawatankuasa Surau Ar-Rahman akan menganjurkan ceramah seperti ketetapan berikut:

        Tarikh          : 24 Julai 2011/ 22 Syaaban 1432H (Ahad)
        Masa           : Selepas Solat Maghrib
        Tempat        : Surau Ar-Rahman
        Penceramah : Y.Bhg. Ustaz Md. Noor bin Hussin (Pensyarah KUIS)

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan Semua Penduduk adalah dijemput untuk hadir beramai-ramai.

Sekian, terima kasih.

HAJI MOHAMED BIN OTHMAN
Pengerusi
Surau Ar-Rahman

Tuesday, July 5, 2011

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI TIP

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

Mohon kerjasama semua penduduk TIP agar dapat menutup pintu pagar di hadapan rumah dan menyalakan lampu di belakang rumah sebagai langkah keselematan.

Tuan Haji Roslee bin Haji Abu
Yang Dipertua @ Ketua Biro Keselamatan

Nota : Pesanan dari pihak polis

Wednesday, June 8, 2011

KAWASAN PARKIR DI SURAU

Bagi memudahkan para jema'ah memasuki kawasan Surau Ar-Rahman, pihak Jawatankuasa Surau telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan sumbangan daripada syarikat korporat untuk di tar kawasan yang terlibat.

Terima kasih kepada syarikat HCM Engineering Sdn. Bhd. yang telah sudi menaja tar di kawasan berkenaan.

Team HCM berbincang

kerja-kerja dimulakan






Saturday, May 28, 2011

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENAMPUNG PERBELANJAAN PROJEK PEMBINAAN TAMBAHAN BAGI SURAU AR-RAHMAN TAMAN IMPIAN PUTRA

FASA 2 : MENARA AZAN, TANDAS LELAKI DAN PEREMPUAN, RUANG SOLAT TAMBAHAN, KOLAH, STOR, RUANG DAPUR DAN BILIK JENAZAH

FASA 3 : PAGAR DAN RUANG LETAK KENDERAAN

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan Semua Penduduk,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau Ar-Rahman telah bersetuju untuk menjalankan projek di atas. Kos yang dianggarkan untuk menyiapkan projek bagi kedua-dua fasa di atas adalah RM110,000.00. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan Semua Penduduk jumlah sumbangan yang telah diterima setakat ini ialah RM47,000.00.

3.     Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Surau Ar-Rahman mengalu-ngalukan sumbangan daripada Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan Semua Penduduk bagi menampung perbelanjaan yang tersebut di atas. Sumbangan bolehlah disalurkan melalui :

              i) Akaun Maybank no. 562357113380 atas nama Jawatankuasa Pembinaan Surau Ar-Rahman
             ii) Tuan Haji Mohamed bin Othman (Pengerusi) - Tel : 019-352 8007
            iii) En. Ab Razak bin Ahmah (Bendahari) - Tel : 012-379 0693
            iv) Tabung Surau Ar-Rahman

4.     Semoga segala sumbangan yang telah diberikan oleh Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan Semua Penduduk dapat menampung perbelanjaan bagi projek di atas. Jasa baik Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan Semua Penduduk akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah.

Sekian, terima kasih.

HAJI MOHAMED BIN OTHMAN
Pengerusi
Surau Ar-Rahman

Sunday, May 8, 2011

LOGO BARU TAMAN IMPIAN PUTRA JALAN 4

Bersama ini disertakan logo baru bagi Taman Impian Putra Jalan 4. Logo ini telah direka oleh En. Hasrul Najib bin Tahir Shah.

logo baru
Zulhairi bin Yusof
Ketua Biro Tugas-tugas Khas

PEMBINAAN RUANG TAMBAHAN & TANDAS SURAU AR-RAHMAN

Pembinaan Ruang Solat Tambahan dan Tandas Surau Ar-Rahman dijalankan selepas Bangunan utama Surau siap sepenuhnya. Peruntukan yang diperolehi adalah melalui penduduk TIP Fasa 6 & peruntukan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Jabatan Perdana Menteri.

Bangunan surau disempurnakan oleh UPEN, JPM


Pembinaan Tandas Surau





Atap Genting terpakai sumbangan orang ramai





kerja-kerja ruang solat tambahan



kerja-kerja membersihkan atap

Tandas Surau siap sepenuhnya



ruang solat tambahan

pemasangan atap ruang solat tambahan

Thursday, April 14, 2011

MESYUARAT AJK SURAU AR-RAHMAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK Surau Ar-Rahman akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh   : 15hb April 2011 (Jumaat)
Masa     : 9.15 malam
Tempat : Surau Ar-Rahman, Taman Impian Putra

Semua AJK adalah dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.


HAJI MOHAMED BIN OTHMAN
Pengerusi
Surau Ar-Rahman

Thursday, April 7, 2011

AWASI TELUR TIRUAN DI PASARAN

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:

Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan  makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,
Presiden CAP

Sunday, April 3, 2011

TALIAN SMS BAGI PEMBAYARAN YURAN ON-LINE

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan semua penduduk TIP,

Dimaklumkan bahawa talian sms bernombor 014-2164037 untuk menghantar maklumat pembayar yuran secara on-line tidak dapat digunakan. Sehubungan dengan itu maklumat pembayar yuran hanya boleh di hantar melalui e-mail timpianputra@yahoo.com. Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

BENDAHARI

Wednesday, March 16, 2011

YURAN BULAN MAC 2011

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan semua penduduk TIP,

Untuk makluman kutipan Yuran Bulan Mac 2011 sehingga 15hb Mac 2011 adalah berjumlah RM4,230.00. Jumlah ini adalah yang terendah jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lalu. Jumlah ini juga belum mampu untuk menampung bayaran gaji pengawal seramai empat (4) orang bagi bulan Mac 2011.

Sehubungan dengan itu mohon kerjasama semua penduduk TIP agar dapat menjelaskan yuran ini kepada wakil lorong atau mengkreditkan terus ke akaun persatuan.

Sekian, terima kasih.

BENDAHARI
Persatuan Penduduk Jalan 4 Taman Impian Putra

Tuesday, March 1, 2011

KUTIPAN YURAN BULAN MAC 2011

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan semua warga TIP Jalan 4,

Kutipan yuran bagi bulan Mac 2011 akan dijalankan seperti berikut:

         Tarikh   : 1hb - 7hb Mac 2011
         Masa    : 5.00 petang - 7.00 malam
         Tempat : Pondok Pengawal TIP

Sekiranya  Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan tidak berkesempatan maka yuran bulanan ini bolehlah di bayar melalui wakil jalan yang telah dilantik ATAU dikreditkan terus ke dalam akaun Persatuan Penduduk Jalan 4 Taman Impian Putra.

Sekian, terima kasih.

BENDAHARI
Persatuan Penduduk Jalan 4 Taman Impian Putra
Bangi Selangor

Tuesday, February 1, 2011

KUTIPAN YURAN BULAN FEBRUARI 2011

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan semua penduduk TIP,

Kutipan Yuran Bulanan bagi bulan Februari 2011 akan dibuat seperti berikut:

          Tarikh   : 1 - 7 Februari 2011
          Masa    : 5.00 petang - 7.00 malam
          Tempat : Pondok Pengawal TIP Jalan 4

Yuran Bulanan ini juga boleh dibayar kepada wakil jalan yang telah dilantik ATAU di kreditkan terus ke dalam akaun Persatuan Penduduk Jalan 4 Taman Impian Putra.

Sekian, terima kasih.

BENDAHARI
Persatuan Penduduk Jalan 4 Taman Impian Putra
Bangi Selangor

Wednesday, January 26, 2011

PROGRAM SMART SOLAT TAMAN IMPIAN PUTRA

Program Smart Solat telah diadakan dengan jayanya di Surau Ar-Rahman pada 16 Januari 2011 (Ahad) dan telah dianjurkan oleh Biro Dakwah Surau Ar-Rahman Taman Impian Putra Jalan 4. Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

peserta yang mengambil bahagian




antara tenaga pengajar yang hadir
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang. InsyaAllah.

Tuesday, January 18, 2011

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO RASMI TIP JALAN 4

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

Tarikh tutup penyertaan mencipta logo rasmi TIP Jalan 4 dilanjutkan kepada 31hb Januari 2011(Selasa) jam 12.00 malam.

Peraturan dan syarat pertandingan adalah tidak berubah. Untuk maklumat lanjut sila klik url di bawah:

http://timpianputra.blogspot.com/2010/12/pertandingan-mencipta-logo-rasmi-tip.html

Sekian, terima kasih.

ZULHAIRI BIN YUSOF
Ketua Biro Tugas-tugas Khas