Monday, August 28, 2017

KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG

Jom sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing. Tunjukkan semangat kecintaan kepada negara Malaysia tercinta.
Kempen kibar Jalur Gemilang

Monday, August 21, 2017

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-2

Semua Penduduk
Taman Impian Putra Fasa 6, Bangi
Selangor Darul Ehsan

YBhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE-2

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacirta dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Fasa 6, Bangi (PPTIPF6) kali ke-2 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 9 September 2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Perkarangan Surau Ar-Rahman, Taman Impian Putra Fasa 6
 
3. Agenda Mesyuarat Agung kali ke-2 adalah seperti berikut :

3.1 Ucapan Aluan Pengerusi.
3.2 Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Pertama Tahun 2016
3.3 Membentangkan Laporan Tahunan Jawatankuasa berakhir 30 Jun 2017.
3.4 Membentangkan Penyata Kewangan Yang Diaudit berakhir 30 Jun 2017. 
3.5 Membentangkan Pindaan Perlembagaan.
3.6 Membentang, Membahas dan Menerima Usul (jika ada).
3.7 Hal-hal lain.
3.8 Ucapan Penangguhan

4. Sehubungan dengan itu YBhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dan semua penduduk dijemput untuk hadir ke mesyuarat seperti yang tersebut di atas.

5. Bersama surat ini dilampirkan borang usul untuk dilengkapkan dan dikembalikan kepada AJK PPTIPF6 di Pondok Pengawal pada atau sebelum 3 September 2017 (Ahad). YBhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan perlu hadir untuk membahaskan usul yang dicadangkan dan ketidakhadiran YBhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan akan menyebabkan usul yang dicadangkan tidak akan dibahaskan.

Sekian, terima kasih.

SETIAUSAHA
PPTIPF6

Borang Usul

MESYUARAT AJK BIL 8 TAHUN 2017

Mesyuarat AJK PPTIPF6 Bil 8 Tahun 2017 telah diadakan pada 14 Ogos 2017 (Isnin). Beberapa perkara berbangkit telah dibincangkan. Semoga TIP Fasa 6 berada dalam Rahmat Allah.
Mesyuarat AJK PPTIPF6

Friday, August 4, 2017

PROGRAM IBADAH KORBAN SURAU AR-RAHMAN 2017

Semua penduduk yang ingin menyertai ibadah korban pada tahun ini boleh berhubung dengan AJK Surau Ar-Rahman. Semua penduduk TIP Fasa 6 dijemput hadir bagi menjayakan Ibadah Korban tersebut.
Ibadah Korban 1438/ 2017