Sunday, December 17, 2017

FUNRIDE TIP 2017

Program Fun Ride 2017 telah dikelolakan oleh Biro Belia dan Sukan PPTIPF6 pada 17 Disember 2017. Program ini telah disertai oleh 200 orang peserta dan terbuka kepada semua penduduk sekitar Bandar Seri Putra. Program ini telah mendapat sambutan yang begitu baik daripada peserta.

Tuan Haji Ahmad bin Yusof bersama peserta FUNRIDE 2017

Barisan AJK & Urusetia FUNRIDE 2017


En. Mohd Nasrul bin Menhat
antrra peserta yang menyertai FUNRIDE2017

Peserta wanita turut tidak ketinggalan 

Peserta-peserta yang telah bersedia


Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Ahmad bin Yusof selaku Ahli Majlis MPKj Zon 24. Turut hadir dalam program ini ialah kakitangan Balai Polis Bangi, Bandar Seri Putra, Bangi.

Tuan Haji Ahmad bin Yusof
berucap merasmikan FUNRIDE TIP 2017

Anggota Balai Polis Bangi turut menyampaikan pesanan



Terdapat juga acara sampingan iaitu acara tarik tali, sukaneka untuk anak-anak TIP dan program pemeriksaan kesihatan yang dikelolakan oleh MAKNA.

Tuan Haji Banuri bin Aris selaku Pengerusi PPTIPF6
bersedia untuk memulakan pertandingan












Kaunter MAKNA

Bilik Pemeriksaan






Wednesday, October 18, 2017

GOTONG ROYONG PERDANA

Bagi  memastikan  persekitaran  yang   bersih,  PPTIPF6  turut  mengadakan  Gotong-Royong Perdana. Program ini telah berlangsung pada 18 Oktober 2017 bermula jam 8.00 pagi.

Program ini juga turut mendapat bantuan dan kerjasama dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan BOMBA.

Lokasi pembersihan adalah tertumpu kepada longkang hadapan & belakang kediaman. lni bagi mengelakkan air bertakung yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Selain itu penumpuan juga diberikan di kawasan yang berhampiran pili bomba.

En. Suhaimi Ketua Biro Komuniti sedang memberikan taklimat



Dato, Haji Banuri Pengerusi PPTIPF6
sedang menyantuni penduduk TIPF6

Anggota Tentera sedang memberi amaran kepada Amran


Pasukan BOMBA dari Balai Bomba Bangi turut hadir membantu





Wednesday, September 13, 2017

PERTANDINGAN KEJIRANAN TERBAIK MPP MPKj 2017

Hari ini tibalah giliran Taman Impian Putra Fasa 6 untuk membuat persembahan aktiviti Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Fasa 6 (PPTIPF6) di Dewan Sri Cempaka Saujana Impian, Kajang.

PPTIPF6 diwakili oleh Setiausaha dan Bendahari PPTIPF6. Semoga TIPF6 beroleh sesuatu hendaknya.

Setiausaha dan Bendahari PPTIPF6

Setiausaha PPTIPF6 sedang membentangkan aktiviti TIP F6

Antara mereka yang hadir

Jadual persembahan

Tuesday, September 12, 2017

SEKITAR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KEDUA

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua Persatuan Penduduk Taman Impian Putra Fasa 6, Bangi telah diadakan pada 9 September 2017 (Sabtu). Seramai 53 orang telah hadir ke AGM tersebut. Semoga apa yang telah dirancangkan membawa kebaikan kepada penduduk TIP Fasa 6.

Mesyuarat Agung kali ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Ahmad bin Yusof selaku Ahli Majlis MPKj Zon 24.

Buku Laporan Tahunan

Pengerusi PPTIPF6

Ahli Majlis MPKj Zon 24
Tuan Haji Ahmad bin Yusof

Penyampaian Cenderahati

Barisan AJK 2016 - 2018

antara yang hadir

Wanita turut hadir

antara yang hadir


Saturday, September 9, 2017

MEYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KEDUA

Mesyuarat akan dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad bin Yusof, Ahli Majlis MPKj Zon 24.

Baner Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua

Tuesday, September 5, 2017

PROGRAM KEJIRANAN TERBAIK 2017 MPKj


PPTIPF6 telah menyertai Pertandingan Kejiranan Terbaik tahun 2017 anjuran MPKj. Pihak MPKj telah membuat lawatan ke Taman Impian Putra Fasa 6 pada 5 September 2017. Penilaian MPKj adalah berdasarkan kepada :
            6.5.1.1 Profil Persatuan
            6.5.1.2 Aktiviti Persatuan
            6.5.1.3 Struktur Organisasi persatuan
            6.5.1.4 Perjalanan Mesyuarat AJK
            6.5.1.5 Fail Persatuan
            6.5.1.6 Bilik Gerakan Persatuan

Kemuncak daripada pertandingan ini, PPTIPF6 telah dijemput ke pejabat MPKj pada 13 September 2017 bagi membentangkan perancangan dan hala tuju PPTIPF6 secara keseluruhan.

PPTIPF6 telah mendapat tempat ke-6 daripada 25 persatuan penduduk di bawah MPKj yang telah menyertainya.

Banner Program

Mesyuarat antara Pengerusi PPTIPF6 & MPKj