Thursday, November 3, 2011

SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA DAN KORBAN 1432H

Semua Penduduk
Taman Impian Putra Jalan 4

Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA DAN KORBAN 1432H

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Solat Sunat Aidiladha

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau Ar-Rahman (JSAR) akan menganjurkan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1432 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 6 November 2011/ 10 Zulhijjah 1432 (Ahad)
Masa   : 8.15 pagi
Tempat: Surau Ar-Rahman, TIP

Program Korban 1432H

3.         Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan juga JSAR akan menganjurkan program korban selepas solat sunat Aidiladha. Sebanyak lima (5) ekor lembu akan dikorbankan. Program korban ini akan dimulakan pada jam 9.30 pagi. Kehadiran Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan bagi menjayakan program ini amatlah dialu-alukan.

4.         Agihan daging korban akan dibuat apabila semua daging korban telah siap dibungkus untuk dibahagikan. Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan bolehlah mengambil daging korban tersebut dengan membawa keratan di bawah di Surau Ar-Rahman bermula jam 2.00 petang.

Gotong-royong Surau

5.         Bagi memastikan sambutan program Hari Raya Aidiladha berjalan lancar dengan persekitaran yang selesa JSAR telah memutuskan untuk mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan surau pada 5hb November 2011 (Sabtu) jam 9.00 pagi. Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dan semua penduduk adalah dijemput hadir.

Kerjasama dari Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Saya bagi pihak JSAR mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua penduduk TIP.

HAJI MOHAMED BIN OTHMAN
Pengerusi
Surau Ar-Rahman

No comments:

Post a Comment