Sunday, November 6, 2011

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan Semua Penduduk TIP,

Saya mewakili pihak Jawatankuasa Surau Ar-Rahman (JSAR) ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penduduk yang telah terlibat dalam menjayakan program gotong-royong pada 5 Nov 2011 (Sabtu) yang lalu dan Program Korban 1432H yang telah diadakan tadi. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan Semua Penduduk TIP.

Semoga program seperti ini dapat dijadikan program tahunan agar ukhuwah yang telah sedia terjalin dapat dieratkan lagi sesama penduduk TIP.

Sekian, terima kasih.

HJ. MOHAMED BIN OTHMAN
Pengerusi
Surau Ar-Rahman

Thursday, November 3, 2011

SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA DAN KORBAN 1432H

Semua Penduduk
Taman Impian Putra Jalan 4

Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA DAN KORBAN 1432H

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Solat Sunat Aidiladha

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau Ar-Rahman (JSAR) akan menganjurkan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1432 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 6 November 2011/ 10 Zulhijjah 1432 (Ahad)
Masa   : 8.15 pagi
Tempat: Surau Ar-Rahman, TIP

Program Korban 1432H

3.         Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan juga JSAR akan menganjurkan program korban selepas solat sunat Aidiladha. Sebanyak lima (5) ekor lembu akan dikorbankan. Program korban ini akan dimulakan pada jam 9.30 pagi. Kehadiran Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan bagi menjayakan program ini amatlah dialu-alukan.

4.         Agihan daging korban akan dibuat apabila semua daging korban telah siap dibungkus untuk dibahagikan. Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan bolehlah mengambil daging korban tersebut dengan membawa keratan di bawah di Surau Ar-Rahman bermula jam 2.00 petang.

Gotong-royong Surau

5.         Bagi memastikan sambutan program Hari Raya Aidiladha berjalan lancar dengan persekitaran yang selesa JSAR telah memutuskan untuk mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan surau pada 5hb November 2011 (Sabtu) jam 9.00 pagi. Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dan semua penduduk adalah dijemput hadir.

Kerjasama dari Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Saya bagi pihak JSAR mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua penduduk TIP.

HAJI MOHAMED BIN OTHMAN
Pengerusi
Surau Ar-Rahman